Wednesday, July 20, 2011

Projek Jahitan Kemahiran Hidup P2

Beginilah hasil kerja pelajar bagi membuat Patung Sarung Tangan. Jenis haiwan yang ingin dibuat boleh dipelbagaikan seperti ayam, kucing, anjing dan sebagainya mengikut kreativiti. Projek ini juga boleh dilakukan dalam kelas Pendidikan Seni. Berikut merupakan langkah-langkah membuat Patung Sarung Tangan.

1. Sediakan bahan-bahan dan alatan yang diperlukan seperti sarung tangan, kapas, butang, benang, span dekorasi, gunting dan jarum.

2. Guntingkan jari ke-2, ke-3 dan ke-4 sarung tangan.

3. Terbalikkan sarung tangan tadi.

4. Jahitkan tempat yang digunting.

5. Isikan sarung tangan dengan kapas (seperti gambar dibawah).



6. Jahitkan hujung terbuka.


7. Jahit butang untuk dijadikan mata.



8. Gamkan kepak, paruh dan balung ayam. Pelajar mungkin memerlukan bantuan guru semasa menggunakan pistol gam kerana muncung alat tersebut panas.


Projek ini bertujuan untuk menguji pelajar bagi kemahiran-kemahiran berikut.
2.1 Mengenalpasti alatan jahitan
2.2 Menggunakan alatan jahitan
2.2.1 Fungsi alatan
2.3 Mengamalkan keselamatan di bilik/bengkel jahitan
2.3.1 Keselamatan diri
2.2.2 Keselamatan alatan
2.3.3 Keselamatan bilik/bengkel
2.3.4 Cara menyimpan alatan
2.4 Mengamalkan kebersihan
2.4.1 Kebersihan bilik/bengkel
2.5 Menjahit jahitan asas
2.5.1 Jenis-jenis jahitan-jahitan jelujur kasar
2.6 Menghasilkan kerja tangan / artikel mudah.

Sunday, July 10, 2011

Pendidikan luar PPKI-SMK Seri Kota



Menjadi rutin setiap 2 minggu, pelajar-pelajar PPKI akan menjalani Terapi Air dan Terapi Boling pada hari Rabu. Bagi pelajar PPKI - SMK Seri Kota, terapi akan diadakan pada hari Rabu dan secara bergilir mengikut jantina. Kebanyakan pelajar menunjukkan minat sepanjang aktiviti dijalankan, tambahan lagi aktiviti dijalankan di luar kelas iaitu di Kompleks Renang MBMB dan Ampang Bowling, Mahkota Parade. Objektif program ini dikatakan tercapai apabila terdapat pelajar yang telah berjaya membawa nama Malaysia diperingkat antarabangsa dalam Sukan Paralimpik bagi acara boling baru-baru ini. Tak kurang juga hebatnya kepada pelajar yang telah berjaya ke peringkat negeri dalam acara renang tahun lepas.

*Foto diatas bukan gambar pelajar SMKSK...

Saturday, July 9, 2011

Deko kelas PPKI... still in progress.

Tema : Misi ke Angkasa Lepas

Dah pun masuk penggal ke-2, deko kelas 'still in progress". Makin hari, kerja-kerja dan tugasan makin bertambah. Akhirnya, perancangan dari awal tahun untuk memberikan nafas baru kepada kelas masih belum berjaya. Walau bagaimanapun, usaha masih diteruskan, bak kata pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Papan Kenyataan

Papan putih

Sudut bacaan

Beginilah keadaan kelas sebelum dihias (foto di bawah). Banyak kerja perlu dilakukan supaya kelas ini akan kembali ceria dan selesa buat sesiapa sahaja yang menggunakannya kelak. Tak siap deko kelas ini kiranya bantuan daripada pelajar dan pembantu yang berdedikasi. Terima kasih ya adik - adik dan kakak - kakak kerana menjayakan impian membuat deko kelas.





Diharapkan, deko kelas ini dapat dimanfaatkan oleh semua. Sebarang komen turut dialu-alukan.