Saturday, January 2, 2010

Tema : Keselamatan di Dapur

KIt Permainan Bahasa KV + KV





Kit permainan bahasa ini terdiri daripada 2 permainan bahasa iaitu:

Aktiviti 1: Buka & Pasang
Aktiviti 2: Roda Bahasa


Selain itu, kit ini juga dilengkapkan dengan kad suku kata bagi memudahkan guru dalam P&P khususnya untuk memperkenalkan kepada pelajar berkaitan suku kata KV + KV. Sebelum menggunakan kit ini, guru juga perlu memastikan bahawa pelajar telah menguasai huruf - huruf konsonan dan vokal serta suku kata KV.

Bagaimana melaksanakan Aktiviti 1: Buka & Pasang

  1. Guru akan meminta pelajar mengeluarkan kad – kad suku kata dan gambar yang dilekatkan pada papan permainan.
  2. Kemudian, guru akan meminta pelajar melengkapkan suku kata berdasarkan gambar dan suku kata yang disediakan oleh guru. Jawapan dicatatkan pada buku.
  3. Sekiranya pelajar telah menguasai kemahiran melengkapkan suku kv + kv, guru boleh meminta pelajar memasangkan gambar dan memadankan suku kata yang betul. Jawapan dicatatkan pada buku.
  4. Akhir sekali, guru akan menyuruh pelajar membina ayat mudah daripada suku kata yang dipasang pada papan permainan.

Bagaimana melaksanakan Aktiviti 2: Roda Bahasa?

  1. Pelajar diberikan roda bahasa.
  2. Guru meminta pelajar memadankan suku kata yang betul berdasarkan gambar yang terdapat pada roda bahasa dengan memutarkannya.
  3. Kemudian, pelajar diminta menulis perkataan yang dibina dalam buku.
  4. Pelajar yang berjaya melengkapkan suku kata dengan padanan gambar yang tepat paling awal sekali akan memenagi permainan ini.

Bahan - bahan yang diperlukan untuk menyediakan kit termasuklah:

Buka & Pasang
Mounting board
Kad gambar
Kad suku kata
Gam UHU
Zapper (Zap-on) sebagai pelekat

Roda Bahasa
Mounting Board
Kad gambar
Kad suku kata
Gam UHU
Kertas warna
Binder untuk mencantumkan kepingan roda


SELAMAT MENCUBA!

BBM PPT Tema : Keselamatan di dapur