Saturday, January 2, 2010
KIt Permainan Bahasa KV + KV
Aktiviti 1: Buka & Pasang
Aktiviti 2: Roda Bahasa
Selain itu, kit ini juga dilengkapkan dengan kad suku kata bagi memudahkan guru dalam P&P khususnya untuk memperkenalkan kepada pelajar berkaitan suku kata KV + KV. Sebelum menggunakan kit ini, guru juga perlu memastikan bahawa pelajar telah menguasai huruf - huruf konsonan dan vokal serta suku kata KV.
Bagaimana melaksanakan Aktiviti 1: Buka & Pasang
- Guru akan meminta pelajar mengeluarkan kad – kad suku kata dan gambar yang dilekatkan pada papan permainan.
- Kemudian, guru akan meminta pelajar melengkapkan suku kata berdasarkan gambar dan suku kata yang disediakan oleh guru. Jawapan dicatatkan pada buku.
- Sekiranya pelajar telah menguasai kemahiran melengkapkan suku kv + kv, guru boleh meminta pelajar memasangkan gambar dan memadankan suku kata yang betul. Jawapan dicatatkan pada buku.
- Akhir sekali, guru akan menyuruh pelajar membina ayat mudah daripada suku kata yang dipasang pada papan permainan.
Bagaimana melaksanakan Aktiviti 2: Roda Bahasa?
- Pelajar diberikan roda bahasa.
- Guru meminta pelajar memadankan suku kata yang betul berdasarkan gambar yang terdapat pada roda bahasa dengan memutarkannya.
- Kemudian, pelajar diminta menulis perkataan yang dibina dalam buku.
- Pelajar yang berjaya melengkapkan suku kata dengan padanan gambar yang tepat paling awal sekali akan memenagi permainan ini.
Bahan - bahan yang diperlukan untuk menyediakan kit termasuklah:
Buka & Pasang
Mounting board
Kad gambar
Kad suku kata
Gam UHU
Zapper (Zap-on) sebagai pelekat
Roda Bahasa
Mounting Board
Kad gambar
Kad suku kata
Gam UHU
Kertas warna
Binder untuk mencantumkan kepingan roda
SELAMAT MENCUBA!
Subscribe to:
Posts (Atom)